Masjid Linqing Timur merupakan salah sebuah daripada tiga buah masjid yang terbesar di kawasan Linqing, bandar Liaocheng, provinsi Shandong, China.
Masjid yang dibina pada tahun 1465 Masihi dan sudah berusia lebih 500 tahun itu disenaraikan sebagai peninggalan sejarah penting peringkat kebangsaan oleh Dewan Negara. Kawasan masjid luasnya lebih 20 ribu meter persegi.
Bangunan masjid agak megah dan menggabungkan seni bina tradisional Cina dengan negara-negara Arab. Seni bina masjid itu memperlihatkan perkembangan agama Islam di China serta adat resam penduduk etnik Hui yang menganut Islam sejak turun-temurun.
Pada 7 Disember 2006, Masjid Linqing Timur disenaraikan sebagai peninggalan sejarah peringkat provinsi.
------Andika