Masjid Zhanglu, Shandong
2013-08-02 14:45:38 CRI

Pekan Zhanglu merupakan satu-satunya pekan yang mempunyai ramai orang Islam di bandar Liaocheng dan salah sebuah daripada lima pekan Islam di provinsi Shandong, China. Pada zaman dahulu, terdapat Masjid Selatan, Masjid Utara dan Masjid Muslimah di pekan tersebut.

Masjid Selatan Zhanglu merupakan masjid yang terbesar dibina pada zaman awal Dinasti Ming. Kawasan masjid itu luasnya dua ribu meter persegi dan boleh menampung seribu orang solat berjemaah. Masjid Utara Zhanglu yang luasnya 1,500 meter persegi dibina pada zaman Maharaja Qianlong, Dinasti Qing. Tetapi ketiga-tiga masjid kemudiannya musnah.

Pada tahun 1995, Masjid Zhanglu yang baharu dan bercirikan seni bina Arab selesai dibina.

(Pada Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 31 Ogos 2011, pegawai-pegawai kerajaan tempatan pekan Zhanglu menziarahi umat Islam dan menyambut hari kebesaran itu bersama-sama di Masjid Zhanglu.)

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China