Lawatan ke Beijing pada Awal Bulan Oktober

Pertanyaan daripada Ismail: Saya bercadang melancong ke Beijing pada tarikh 28 Septmber 2013.saya dapat tahu awal Oktober merupakan tempoh cuti Hari Kebangsaan di China. Apakah akan berlaku kesesakan di sana?atau perlu tak saya menukar kepada tarikh lain?

CRI: Salam sejahtera dan terima kasih kerana sudi menulis. Untuk menjawab pertanyaan saudara,  sambutan cuti Hari Kebangsaan adalah selama 7 hari bermula 1 Oktober. Memanglah agak ramai pelancong dijangka akan melawat Beijing dalam tempoh cuti tersebut. Bagaimanapun, tidak akan berlakunya kesesakan yang serius di bandar Beijing, selain beberapa destinasi pelancongan yang terkenal seperti Istana Kuno, Taman Musim Panas dan Tembok Besar yang bakal menerima kunjungan daripada ramai pelancong.

Sekian, terima kasih!

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China. 100040