Masjid Dasuozhuang, Shandong
2013-10-25 14:21:28 CRI

Masjid Dasuozhuang terletak di Dasuozhuang, tempat kediaman secara berkelompok penduduk etnik Hui di pekan Zhuyang, daerah Daiyue, bandar Taian, provinsi Shandong, China. Kawasan masjid luasnya lima ribu meter persegi. Tiada catatan tentang tarikh pembinaan masjid tersebut. Namun menurut tugu peringatan yang terdapat, masjid itu telah beberapa kali dibaik pulih pada zaman Dinasti Qing termasuk sejak tahun 1988 hingga tahun 2013. Bangunan-bangunan di masjid itu luasnya kira-kira 2,500 meter persegi. Lebih empat ribu orang penganut Islam tinggal secara berkelompok di sekitar masjid tersebut.

(Pada pagi 8 Mei 2013, pembinaan semula ruang sembahyang di Masjid Dasuozhuang dilakukan. Umat Islam dari pelbagai tempat di kawasan itu berkumpul bersama-sama untuk menjayakan projek tersebut, selain mendengar ceramah imam serta bertukar-tukar pendapat tentang agama.)

(Bangunan masjid yang belum dibaik pulih)

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China