Masjid Juntun yang terletak di sebelah timur kampung Juntun, pekan Dongkou, kaunti Juancheng, bandar Heze, provinsi Shandong, China dibina pada tahun 1745 Masihi. Masjid itu dipindahkan ke bahagian barat kampung itu selepas banjir berlaku pada tahun 1796 Masihi. Pada tahun 1845 dan 1922, masjid itu telah dibaik pulih. Pada tahun 1986, Masjid Juntun dipindahkan pula ke bahagian selatan kampung itu. Kawasan masjid baharu luasnya lebih 3,330 meter persegi. Bangunan masjid menggabungkan seni bina tradisional China dan barat. Enam orang imam bertugas di masjid itu pada masa ini. Jabatan pengurusan masjid yang ditubuhkan pada tahun 1995 terdiri daripadas lima orang anggota. Lebih 1,300 orang umat Islam tinggal di sekitar masjid tersebut.
(Pintu masuk ruang sembahyang)
(Bahagian ruang sembahyang)
(Pintu masuk masjid)
------Andika