Terdapat lebih tiga ribu orang penduduk Islam di kaunti Qihe, bandar Jinan, provinsi Shandong, China. Mereka tinggal di enam buah kampung. Masjid Misanli terletak di kampung Misanli, perkampungan Islam yang terbesar di kaunti tersebut. Seramai lebih 1,500 orang umat Islam tinggal di kampung tersebut. Masjid Misanli dibina pada zaman Dinasti Qing dan dibina semula pada tahun 2002. Kawasan masjid luasnya 800 meter persegi, yang menempatkan bangunan-bangunan dengan keluasan 530 meter persegi. Masjid itu turut menjadi masjid yang terbesar di kaunti Qihe.
Sejak beberapa tahun kebelangan ini, ketekunan penduduk di kampung Misanli telah mengangkat kampung itu menjadi kampung yang paling kaya di kaunti Qihe. Pada tahun 2001, Masjid Misanli dinobat sebagai "tempat agama yang cemerlang di provinsi Shandong".