Masjid Xiaoguoshi, Shandong
2014-05-29 16:45:38 CRI

Masjid Xiaoguoshi terletak di bahagian barat laut daerah Decheng bandar Dezhou, provinsi Shandong, China. Kawasan itu merupakan kawasan Islam yang terkenal di bandar Dezhou. Dari masjid itu, kita dapat melihat Makam Raja Sulu yang terkenal di dunia.

Masjid Xiaoguoshi telah musnah pada tahun 1960-an. Pada tahun 2011, umat Islam tempatan mula membina semula masjid tersebut. Masjid Xiaoguoshi yang baharu telah dirasmikan pada 14 Julai 2012.

(Umat Islam menyaksikan upacara perasmian masjid baharu)

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China