Masjid Zhihuizhuang, Shandong
2014-06-18 12:50:46 CRI

Masjid Zhihuizhuang terletak di Kampung Zhihuizhuang, bandar Taian, provinsi Shandong, China. Kebanyakan penduduk di kampung itu bukan umat Islam dan hanya terdapat lebih 30 keluarga penduduk etnik Hui yang menganut agama Islam. Mereka telah membina sebuah masjid di selatan kampung tersebut. Mereka hidup bersama-sama dengan penduduk bukan Islam secara damai. Sejumlah besar penduduk bukan Islam turut menderma sumbangan bagi pembinaan masjid tersebut.

(Ruang sembahyang)

(Tugu senarai nama penyumbang bagi pembinaan masjid)

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China