Masjid Pekan Jinxiang yang terletak di kaunti Jinxiang, bandar Jining, provinsi Shandong, China dibina pada akhir Dinasti Ming dan telah berusia hampir 400 tahun. Masjid itu telah dimusnahkan oleh Parti Kuomintang pada akhir tahun 1940-an lalu dibina semula oleh umat Islam tempatan. Kawasan masjid luasnya 722 meter persegi, manakala bangunan-bangunan di dalam masjid itu luasnya 413 meter persegi. Ruang sembahyang, bilik kuliah, bilik wuduk dan pintu gerbang masjid itu dibaik pulih pada tahun 1993. Pada tahun 2002 pula, umat Islam tempatan membaik pulih ruang sembahyang sekali lagi.