Masjid Daying, Shandong
2014-07-25 15:26:12 CRI

Masjid Daying terletak di kaunti Yangxin, bandar Binzhou, provinsi Shandong, China. Terdapat lebih 300 buah keluarga Islam tinggal di sekitar masjid tersebut. Masjid Daying dibina sebelum pemerintahan Maharaja Xianfeng pada zaman Dinasti Qing.

Pada tahun 1856 Masihi, tokoh etnik Hui, Du Wenxiu mengetuai penduduk etnik Hui, Han dan Bai mengadakan pemberontakan untuk menentang pemerintahan etnik Manchu. Apabila pemberontakan itu gagal, Masjid Daying dimusnah oleh pihak pemerintah. Pada tahun 1898, umat Islam tempatan telah membina semula ruang sembahyang. Bangunan-bangunan yang lain di kawasan masjid telah dibina semula secara berperingkat-peringkat pada zaman seterusnya.

Pada tahun 1990, kampung itu dilanda banjir yang dahsyat. Ruang sembahyang telah rosak akibat banjir kali ini. Dengan sokongan dan bantuan kerajaan pelbagai peringkat serta usaha sama umat Islam tempatan, ruang sembahyang yang baharu yang lebih besar dan megah dibina dan telah mula beroperasi pada 1 Februari 2006.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China