Masjid Shijia, Shandong
2014-08-29 15:12:29 CRI

Masjid Shijia yang terletak di kampung Shijia, bandar Dezhou, provinsi Shandong telah berusia lebih 400 tahun. Pada tahun 1779 Masihi, imam yang terkenal, Chang Jie telah memperluas masjid itu. Bangunan masjid yang bercirikan seni bina zaman Dinasti Ming itu dibina dengan kayu dan batu bata.

Kawasan masjid luasnya 2,704 meter persegi, ruang sembahyang luasnya 480 meter persegi dan boleh menampung seribu orang solat berjemaah pada satu masa. Terdapat Pelbagai peninggalan sejarah disimpan di masjid tersebut termasuk al-Quran tulisan tangan yang dihasilkan oleh Chang Jie, tokoh Islam yang terkemuka pada zaman Dinasti Qing.

Masjid Shijia mengadakan kuliah agama secara berterusan sejak beratus-ratus tahun dan melahirkan sejumlah besar imam yang terkemuka. Masjid itu mempunyai taraf pendidikan agama yang amat tinggi dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan umat Islam di provinsi Hebei, Shandong, Henan, Liaoning, Jilin dan Heilongjiang.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China