Masjid Beiying yang terletak di bandar Dezhou, provinsi Shandong China dibina pada zaman pemerintahan Maharaja Wanli (1573-1620 Masihi).
Menurut catatan sejarah, raja yang beragama Islam dari Sulu, Filipina yang melawat China telah mangkat di bandar Dezhou, Shandong pada tahun 1417 Masihi. 10 orang termasuk permaisuri, putera dan pegawainya tinggal di kawasan itu untuk mengawal makam diraja. Kerajaan China pula memindahkan tiga keluarga yang beragama Islam dari kawasan lain ke kawasan itu untuk berkhidmat kepada keluarga raja. Lama-kelamaan, umat Islam yang jumlahnya semakin besar di kawasan itu telah membina sebuah surau. Keturunan mereka telah memperluas surau itu menjadi masjid, iaitu Masjid Beiyin pada masa ini.
Pada tahun 1980, duta besar Filipina ke China telah melawat masjid itu. Pada tahun 1995 pula, waris keturunan raja Sulu di Filipina datang ke China untuk menziarahi makam nenek moyang mereka dan Masjid Beiying.
(Ruang sembahyang yang bersejarah lama)
(Makam raja Sulu)