Masjid Zhongxindian yang terletak di pekan Zhongxindian, bandar Jining, provinsi Shandong, China dibina pada zaman pemerintahan Maharaja Hongwu (1368-1398 Masihi).
Masjid itu telah dibaik pulih dan diperluas pada zaman pemerintahan Maharaja Jiajing dan Kangxi. Bangunan masjid yang bercirikan seni bina Arab ini dibina pada tahun 2005. Kawasan masjid luasnya 837 meter persegi, sedangkan bangunan masjid luasnya 418 meter persegi.
(umat Islam tempatan sedang menyumbang derma di masjid kepada mangsa bencana alam )