Masjid Selatan Xijie, Shandong
2014-10-15 12:40:13 CRI

Masjid Selatan Xijie terletak di Qianying, kampung kediaman penduduk etnik Hui yang menganut agama Islam sejak turun-temurun di kawasan Xijie, bandar Taian, provinsi Shandong, China. Menurut tugu peringatan, masjid itu dibina pada awal zaman Dinasti Yuan.

Pertembungan kebudayaan antara China dengan negara-negara Arab memasuki tempoh puncak pada zaman Dinasti Yuan yang bukan sahaja menyaksikan sejumlah besar saudagar Islam dari Arab berdagang di China, tetapi juta menyaksikan perkembangan kaum Hui pada peringkat keduanya.

Sejumlah umat Islam dari Asia Barat menyertai pasukan tentera Mongolia yang diketuai oleh Kublaikhan. Ketika pasukan tentera Mongolia menceroboh ke Yunnan, sebahagian tentera Islam ditempatkan di kawasan Xijie. Lama-kelamaan, mereka telah membina dua buah masjid di kawasan tersebut.

Kawasan masjid luasnya 1,786 meter persegi, ruang sembahyang luasnya 244.9 meter persegi. Masjid Selatan Xijie telah pelbagai kali dibaik pulih pada tiap-tiap dinasti.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China