Kampung Donggedian yang terletak di bahagian barat pekan Gucun, daerah Yanzhou, bandar Jining, provinsi Shandong, China merupakan perkampungan Islam yang terbesar di bandar tersebut. Masjid Kampung Donggedian dibina pada tahun 1685 Masihi dan dibaik pulih pada Mac 1995. Bangunan masjid luasnya 240 meter persegi dan menampung 300 orang umat Islam solat pada satu masa.
Pada tahun 1999 dan 2005, masjid itu dua kali dibaik pulih lagi. Masjid baharu luasnya dua ribu meter persegi, sedangkan bangunan-bangunan luasnya 390 meter persegi. 1,356 orang penduduk yang berpegang teguh kepada agama Islam tinggal di sekitar masjid tersebut.