Masjid Ximahai yang sudah berusia lebih 600 tahun terletak di Kampung Ximahai, perkampungan Islam yang agak besar di bandar Heze, provinsi Shandong, China. Industri pembuatan barang-barang kulit di kampung itu agak maju dan Masjid Ximahai pula amat terkenal di bandar Heze.
Kombinasi kesenian Islam dengan seni bina tradisional China kelihatan jelas dalam bangunan di masjid itu.
Masjid Ximahai telah pelbagai kali dibaik pulih dalam sejarah. Setelah Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949, masjid itu telah dua kali dibaik pulih dengan bantuan pihak berkuasa pada tahun 1953 dan 1983 Masihi. Bangunan baharu masjid lebih cantik dan megah.
(Ruang sembahyang)
(Imam warga emas yang berkhidmat di masjid itu)
------Andika