Restoran Padang yang terletak di kawasan Sanlitun berhampiran dengan Stadium Buruh, iaitu stadium bola sepak terbesar di Beijing. Restoran itu merupakan restoran masakan Indonesia yang paling besar di luar Indonesia.
Kawasan restoran itu luasnya lebih dua ribu meter persegi dan boleh menampung 300 orang makan bersama-sama pada satu masa.
Kesemua bilik VIP dinamakan dengan nama tempat di merata Indonesia. Kebanyakan hiasan dan perabot di restoran itu diimport secara langsung dari Pulau Bali membolehkan para pelanggan menghayati adat resam dan kesenian yang asli di Indonesia.
Ketua tukang masak yang berkhidmat di restoran itu bernama Laga dari Sukanagara Cianjur Selatan Indonesia.
Stesen TV Beijing telah pelbagai kali membuat liputan dan mempromosi restoran itu dalam rancangannya.
Selain masakan Indonesia yang asli, restoran itu juga menghidangkan buah-buahan tropika secara percuma kepada para pelanggan.