Restoran Xilaishun, Beijing
2014-12-10 16:50:08 CRI

Alamat: No.116 Jalan Beixinhuajie, kawasan Hepingmen, Daerah Xicheng, Beijing.

No.Tel: 8610-66015996

Restoran Xilaishun dibuka pada tahun 1930. Restoran itu adalah restoran halal yang paling terkenal di bahagian barat Beijing pada zaman itu.

Pada tahun 1986, tukang masak dari Restoran Xilaishun meraih dua buah pingat emas, dua buah pingat perak dan sebuah pingat gangsa dalam Pertandingan Memasak Dunia ke-5 yang diadakan di Prague. Pada masa ini, Restoran Xilaishun yang mewariskan resipi masakan tradisional di samping mencipta masakan halal jenis baharu mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan Islam dan bukan Islam.

(Itik Ma Lianliang merupakan masakan yang paling terkenal di Restoran Xilaishun. Ma Lianliang ialah seorang seniman Opera Peking yang tersohor di China pada zaman dahulu. Beliau amat suka memakan masakan tersebut. Lalu masakan itu dinamakan dengan nama beliau.)

(Pelbagai sijil dan hadiah yang diperoleh oleh restoran itu)

(Restoran itu juga menghidangkan pelbagai kuih-muih tradisional yang sedap)

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China