Alamat: A11 Jalan Renminlu, Daerah Xicheng, Beijing
No.Tel: 8610-63178902
Restoran Enyuanju yang dibuka pada tahun 1929 merupakan restoran halal yang diketahui ramai di kawasan Qianmen, selatan Beijing. Restoran itu terkenal dengan "Chaogeda", sejenis makanan tepung gandum yang digoreng. Pada tahun 1956, restoran itu dikendalikan bersama dengan kerajaan tempatan. Oleh sebab pengendaliannya kurang lancar, restoran itu ditutup pada akhir tahun 1990-an.
Pada Mac 2006, penaja Persatuan Makanan Ringan Beijing, Hou Jia mencari keturunan pengasas Restoran Enyuanju untuk membuka semula restoran tersebut.
(Suasana restoran itu tidak mewah tetapi agak bersih dan selesa)
("Chaogeda" merupakan masakan yang paling laris di restoran itu)
(Selain "Chaogeda", restoran itu juga menyediakan pelbagai masakan yang lain)