Masjid Jieyuan terletak di barat jalan lingkaran tengah daerah Hongqiao, bandar Tianjin. Ketika kawasan lama di bandar Tianjin dibina semula, Masjid Shijianfang dan Masjid Xiaoxiguan yang terlibat dalam pembinaan semula itu digabungkan menjadi Masjid Jieyuan. Bangunan masjid Jeiyuan yang bercirikan seni bina tradisional China ini mempunyai tiga tingkat. Tingkat pertama terdapat pejabat, bilik wuduk dan bilik menguruskan jenazah, tingkat kedua pula untuk ruang sembahyang yang dapat menampung 400 orang solat berjemaah dan tingkat ketiga terdapat bilik imam dan ruang tamu.
Masjid baharu mempunyai kemudahan yang lebih baik dan memudahkan umat Islam tempatan untuk beribadat.
Upacara perasmian masjid baharu telah diadakan pada 6 November 2009.
(Tugu peringatan pembinaan masjid baharu)
(Pemandangan masjid pada waktu malam)
(Pegawai kerajaan tempatan menziarahi umat Islam di Masjid Jieyuan)