Masjid Xiningdao, Tianjin
2015-01-23 12:35:10 CRI

Masjid Xiningdao terletak di nombor 55 Jalan Xiningdao, daerah Heping, bandar Tianjin, China. Masjid itu mula dibina pada 1 Mei 1991 dan beroperasi pada 2 Mac, iaitu hari pertama bulan Ramadan tahun berikutnya.

Kawasan masjid ini mempunyai keluasan seribu meter persegi. Bangunan masjid tersebut menggabungkan seni bina tradisional China dan Arab. Ruang sembahyang Muslimin yang terletak di tingkat dua luasnya 185 meter persegi dapat menampung 200 orang solat berjemaah.

Manakala, ruang sembahyang Muslimat yang terletak di tingkat satu luasnya 21 meter persegi dan menampung 20 orang solat berjemaah bersama-sama pada satu masa.

Pada tahun 1998 dan 1999, kerajaan tempatan telah memperuntukkan RMB 70 ribu dan 200 ribu bagi membaik pulih bumbung ruang sembahyang dan menara azan. Seterusnya, kerajaan tempatan telah beberapa kali menyediakan dana bagi membaik pulih masjid tersebut.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China