Markit Xinjiang: Didik Pewaris Warisan Budaya Bukan Benda
2015-01-26 17:04:37 CRI

Kaunti Markit merupakan pusat budaya di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China. Kaunti tersebut merupakan tempat berasalnya budaya Dao Lang dan kampung halaman Amani Shah, ibu tarian Uygur.

Terdapat dua warisan budaya di Markit yang disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda peringkat dunia dan peringkat kebangsaan. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Markit telah mengambil pelbagai langkah penting dan menyediakan subsidi untuk pewaris budaya bukan benda.

Kursus budaya bukan benda pula disediakan di beberapa buah sekolah vokasional dengan mengundang pewaris-pewaris tersebut sebagai guru.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China