Masjid Chenjiagou terletak di sebelah selatan Jalan Shengli, daerah Hebei, bandar Tianjin. Pada awal tahun 1900-an, sejumlah besar umat Islam berhijrah dari provinsi Shandong ke kawasan Chenjiagou di bandar Tianjin. Pada tahun 1920, beberapa orang tokoh Islam telah menyumbang derma bagi membina Masjid Chenjiagou. Kawasan masjid itu luasnya 400 meter persegi. Setelah tertubuhnya Republik Rakyat China (PRC) pada tahun 1949, Masjid Chenjiagou telah menubuhkan sekolah rendah Islam atas cadangan imam Jin Shaoxian yang pernah menyandang jawatan sebagai Presiden Persatuan Islam Tianjin. Pada tahun 1998, kawasan Chenjiagou dibina semula. Masjid Chenjiagou turut dibina semula dan diperluas dengan bantuan kerajaan tempatan.
Kawasan masjid baharu luasnya 1,800 meter persegi. Bangunan-bangunan di masjid luasnya 1,100 meter persegi. Masjid yang lebih moden dan selesa memudahkan umat Islam tempatan untuk beribadat.