Gulimina Maimaiti, Utusan Budaya Xinjiang
2015-03-04 15:29:28 CRI

Semasa aktiviti menyambut Tahun Baharu Cina baru-baru ini, Gulimina Maimaiti, seorang penari etnik Uygur berjaya menarik perhatian umum.

Pada 7 Julai 2014, beliau menjadi johan dan mendapat gelaran "penari paling popular" dalam pertandingan Tarian Unggul China anjuran Stesen TV Zhejiang. Sejak itu, beliau menjadi penari yang terkenal di seluruh China.

Gulimina berasal dari Karamay, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, yang dikenali sebagai "lautan nyanyian dan tarian" di China. Ketika berusia lapan tahun, beliau mula mengikuti kelas tarian. Dua tahun kemudian, beliau meraih pingat emas dalam Pertandingan Tarian Kanak-kanak Xinjiang. Ketika berusia 12 tahun, beliau mula mengikuti pengajian profesional di Institut Kesenian Xinjiang. Setelah tamat pengajian, beliau bekerja sebagai guru di fakulti tarian institut tersebut.

Dengan usaha gigih, Gulimina telah memperoleh sejumlah besar hadiah daripada pelbagai pertandingan dan aktiviti kesenian di China. Oleh itu, beliau mendapat gelaran "utusan budaya Xinjiang".

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China