Masjid Hongqiao, Tianjin
2015-03-11 16:03:56 CRI

Masjid Hongqiao yang dibina pada tahun 1644 terletak di sebelah barat Jalan Dafeng, daerah Hongqiao, bandar Tianjin. Kawasan masjid seluas 5,000 meter persegi dan bangunan-bangunan di masjid itu luasnya 2,200 meter persegi. Pada 8 November 2006, Persatuan Islam Daerah Hongqiao mengadakan upacara perasmian Masjid Hongqiao yang baharu. Pegawai kerajaan tempatan, tokoh agama dan umat Islam tempatan menyertai upacara tersebut.

Masjid baharu mempunyai infrastruktur yang maju dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada umat Islam untuk beribadat. Masjid itu menyediakan ruang pameran tentang sejarah, ruang sembahyang muslimah dan ruang menyimpan catatan sejarah masjid serta buku-buku agama.

(Ruang sembahyang)

(Menara azan setinggi 47 meter)

(Imam membaca al-Quran)

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China