Masjid Lulong yang dibina pada tahun 1919 terletak di kaunti Lulong, provinsi Hebei, China. Masjid itu telah beberapa kali musnah dalam peperangan. Pada tahun 1987, imam Zhao Deliang mengetuai umat Islam tempatan untuk membina semula masjid itu.
Kawasan masjid baharu seluas lebih 500 meter persegi. Ruang sembahyang seluas 133 meter persegi. Bangunan-bangunan masjid dibina dengan batu. Dinding dan bumbung ruang sembahyang dihiasi dengan tulisan kitab suci. Lebih 300 orang umat Islam yang terdiri daripada 70 buah keluarga tinggal di sekitar masjid tersebut.