Masjid Tianmu Selatan
2015-04-09 14:13:36 CRI

Masjid Tianmu Selatan terletak di hujung selatan Kampung Tianmu, perkampungan Islam di Daerah Beichen, bandar Tianjin, China. Masjid itu dibina pada tahun 1854 dan dibaik pulih pada tahun 1928. Pada tahun 1948, masjid itu musnah kerana perang saudara. Masjid itu lalu dibaik pulih pada tahun 1950 dan dibina semula pada tahun 1988.

Kawasan Masjid Tianmu Selatan seluas 1,600 meter persegi, bangunan –bangunan masjid seluas 1,000 meter persegi. Balai untuk melihat anak bulan dan menara azan bercirikan seni bina Arab. Ruang sembahyang boleh menampung 500 orang solat berjemaah.

Pada 23 Julai 2004, aktiviti memperingati ulang tahun ke-150 pembinaan Masjid Tianmu Selatan diadakan. Terdapat banyak tokoh Islam yang terkemuka pernah menyandang jawatan sebagai imam di masjid itu.

(Tugu peringatan pembinaan semula masjid)

(Solat berjemaah dalam bulan Ramadan)

(Pihak masjid menyediakan makanan untuk umat Islam yang berpuasa)

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China