Di kampung Buda, kawasan Hotan, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China,Tuerxun Bake yang berusia 45 tahun sedang mengajar penuntut-penuntutnya membuat kertas dengan menggunakan kulit pokok mulberi. Beliau merupakan generasi ke-10 dalam keluarganya yang mewarisi teknik membuat kertas daripada kulit pokok mulberi.
Kertas yang dihasilkan daripada kulit pokok mulberi merupakan salah satu jenis kertas yang paling kuno di bahagian barat laut China. Kertas tersebut dicipta pada zaman Dinasti Han. Oleh itu, kertas tersebut juga dikenali sebagai kertas Hanpi. Pembuatan kertas memerlukan sembilan proses. Kelebihan kertas daripada kulit pokok mulberi ialah lembut, tahan serangga, tidak luntur warna dan tahan lama. Kertas tersebut juga digunakan sebagai dokumen kerajaan, mata wang dan buku teks pada zaman dahulu.
(Pekerja Muslimah sedang memproses kulit pokok mulberi)
(Tuerxun Bake mengeluarkan kulit pokok mulberi yang telah direbus daripada periuk)
(Pekerja Muslimah sibuk bekerja)