Masjid Qijie, Tianjin
2015-05-13 12:34:45 CRI

Masjid Qijie yang juga dikenali sebagai Masjid Utara Yangcun terletak di pekan Yangcun, daerah Wuqing, Tianjin, China. Masjid itu dibina pada tahun 1620.

Pada tahun 1421, Maharaja Zhu Di memindahkan ibu negara dari Nanjing ke Beijing. Sejumlah besar pegawai, tentera, pedagang dan penduduk etnik Hui yang menganut agama Islam turut berhijrah ke utara. Sebahagian mereka ditempatkan di kawasan Yangcun. Lama-kelamaan, wujud sebuah kawasan kediaman Islam di daerah tersebut. Mereka telah membina sebuah masjid, iaitu Masjid Qijie. Masjid itu telah beberapa kali dibaik pulih dalam sejarahnya. Pada Ogos 1986, Masjid Qijie disenaraikan sebagai peninggalan sejarah penting di kaunti Wuqing.

Masjid Qijie seluas 2,929 meter persegi pada masa ini. Bangunan masjid seluas 1,171 meter persegi. Lebih lima ribu orang penganut Islam tinggal di sekitar masjid tersebut. Bangunan masjid menggabungkan seni bina tradisional China dan Arab.

(Sijil penikhtirafan peninggalan sejarah peringkat kaunti Wuqing yang dibina pada tahun 1986)

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China