Masjid Nanguandongjie, Hebei
2015-05-20 13:23:37 CRI

Masjid Nanguandongjie yang terletak di kaunti Daming telah berusia lebih 470 tahun dan merupakan masjid yang tertua di bahagian selatan provinsi Hebei. Kaunti Daming yang merupakan kawasan bersejarah dan terkenal sudah lama didiami oleh penganut Islam. Kaunti itu mempunyai enam buah kampung. Jumlah penduduk Islam mencatat 5,753 orang dan menduduki 89% dalam jumlah penduduk di kampung tersebut.

Pada tahun 1947, imam Sha menjalankan projek membaik pulih masjid itu dengan bantuan pelbagai pihak. Setelah itu, Masjid Nanguandongjie telah beberapa kali dibaik pulih akibat bencana banjir dan gempa bumi. Pada tahun 1979, masjid itu dibina semula dengan bantuan kerajaan tempatan dengan jumlah bantuan sebanyak RMB 30 ribu dan sumbangan penganut Islam pula berjumlah RMB 40 ribu. Ruang sembahyang masjid baharu seluas 200 meter persegi. Persatuan Islam Daming berpejabat di masjid tersebut.

(Tugu peringatan pembinaan semula masjid)

(Ruang sembahyang)

(Hiasan ayat suci di depan rumah yang menunjukkan tuan rumah itu telah menunaikan fardu haji)

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China