Kawasan autonomi Islam Jeidi berjarak lima kilometer dari selatan kaunti Cang, provinsi Hebei. Kawasan itu berhampiran dengan Terusan Besar Beijing-Hangzhou dan lokasi penting dari segi pengangkutan sejak zaman dahulu.
Masjid Jiedi Timur dibina pada akhir zaman Dinasti Ming (1368-1644 Masihi). Sebelah timur masjid itu berhampiran dengan Landasan Kereta Api Beijing-Shanghai dan belakangnya ialah Terusan Besar Beijing-Hangzhou. Bangunan masjid itu bercirikan seni bina tradisional China. Pada tahun 1988, Masjid Jiedi Timur disenaraikan sebagai peninggalan sejarah penting peringkat bandar. Kawasan masjid seluas 3,300 meter persegi.
Pada tahun 1937, tentera penceroboh Jepun membunuh lebih 20 orang dan memusnahkan banyak bangunan di Masjid Jiedi Timur. Setahun kemudian, penganut agama Islam tempatan telah membaik pulih masjid tersebut. Setelah itu, Masjid Jiedi Timur telah beberapa kali dibaik pulih dengan bantuan kerajaan dan usaha penganut agama Islam tempatan. Pada 7 Julai 2007, tugu peringatan tragedi Masjid Jiedi Timur yang ditulis oleh Presiden Persatuan Islam China, Haji. Chen Guangyuan, telah dibina di masjid tersebut.