Masjid Mashizhuang terletak di tenggara Kampung Mashizhuang kaunti Daming provinsi Hebei, China. Menurut catatan sejarah, Ma Liang, seorang penganut agama Islam berhijrah dari kaunti Hongdong ke kaunti Daming pada tahun 1489 Masihi lalu membina masjid tersebut. Kawasan masjid seluas lebih tiga ribu meter persegi. Masjid tersebut bercirikan seni bina tradisional China. Pada zaman pemerintahan Maharaja Guangxu Dinasti Qing, masjid itu telah dimusnahkan oleh pemberontak Gerakan Yihetuan (The Boxer Rebellion).
Pada tahun 1950, tokoh Islam kampung itu mengumpulkan sumbangan untuk membina semula masjid tersebut. Selepas itu, masjid itu telah beberapa kali dibaik pulih.
(Tugu peringatan pembinaan masjid)
(Ruang sembahyang untuk muslimah yang dibina pada tahun 1985)