Pertunjukan pakaian fesyen sutera Atlas wanita yang bertemakan "suku bangsa yang pelbagai, kaum wanita yang fesyen" telah diadakan di kampung Kuoshiairike, pekan Tunkuo, kaunti Kuqa, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China pada 19 Jun yang lalu. 19 pasukan model dari 19 buah kampung di pekan tersebut memakai pakaian sutera Atlas yang unik menyertai pertunjukan tersebut.
Sutera Atlas sudah bersejarah lebih 1,800 tahun dan menjadi sutera tradisional yang unik bagi etnik Uygur. Sutera Atlas yang agak lembut dan ringan sesuai untuk dipakai ketika cuaca panas. Warna sutera itu yang pelbagai dan terang memperlihatkan citarasa penduduk etnik Uygur. Reka bentuknya juga amat kaya menunjukkan kehidupan penduduk etnik tersebut. Selain pakaian, ramai penduduk etnik Uygur menggunakan sutera itu membuat hiasan rumah. Pada masa ini, wilayah Autonomi Uygur Xinjiang mengeksport sutera Atlas kepada pelbagai negara asing seperti Pakistan, Arab Saudi, Turki, Jepun, AS dan lain-lain.