Di bahagian barat laut kawasan lama bandar Tianjin, China, terdapat sebuah bangunan yang berusia dan megah. Itulah Masjid Selatan Tianjin yang agak terkenal. Masjid yang terletak di kawasan Islam itu berkeluasan 5,000 meter persegi. Bangunan-bangunan di sekitar masjid pula berkeluasan 2,200 meter persegi.
Masjid Selatan Tianjin dibina pada zaman Dinasti Ming (1368-1644 Masihi) dan beberapa kali telah dibaik pulih dalam sejarahnya. Ruang sembahyang pada masa sekarang seluas 1,000 meter persegi dan dapat menampung seribu penganut Islam solat berjemaah.
Selain mengekalkan seni bina tradisional China, bangunan masjid itu juga mempunyai ciri seni bina Arab.