Masjid Jintanzhen, Hebei
2015-11-10 15:45:08 CRI

Pekan Jintanzhen yang terletak di timur laut kaunti Daming, provinsi Hebei, China merupakan kawasan kediaman penduduk etnik Hui yang menganut agama Islam sejak turun-temurun. Pada masa dahulu, terdapat empat buah masjid di pekan tersebut, iaitu Masjid Selatan, Masjid Utara, Masjid Barat dan Masjid Muslimah.

Pada ketika ini, hanya tinggal Masjid Selatan, iaitu Masjid Jintanzhen. Masjid Jintanzhen dibina pada akhir Dinasti Yuan(1271-1368) dan awal Dinasti Ming(1368-1644). Menurut catatan sejarah, penduduk yang tinggal di kawasan masjid itu bernama Yang. Mereka berhijrah dari provinsi Shanxi.

Kawasan masjid itu seluas kira-kira dua ribu meter persegi. Masjid tersebut dibina daripada batu bata dan kayu.

Ruang sembahyang seluas 500 meter persegi. Masjid tersebut telah beberapa kali dibaik pulih. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan pelbagai peringkat telah menyediakan dana bagi membaik pulih masjid tersebut.

(Pada zaman dahulu, muslimah di Pekan Jintanzhen beribadat di masjid kampung-kampung yang berhampiran. Pada tahun 1952, umat Islam di pekan itu telah membina masjid untuk muslimah. Pada tahun 2011, ruang sembahyang dan tempat wuduk masjid muslimah itu dibaik pulih.)

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China