Masjid Jiumen
2016-01-08 12:44:37 CRI

Kampung Jiumen terletak di mukim autonomi Jiumen yang berpenduduk Hui, provinsi Hebei, China. Pada tahun 756, panglima yang terkenal, Guo Ziyi mengetuai pasukan tenteranya berperang di kawasan tersebut. Beliau berjaya menghubungkan kawasan itu dengan Jalan Sutera. Setelah perang berakhir, sejumlah askar dan saudagar yang menganut agama Islam telah menetap di kawasan tersebut. Mereka telah membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jiumen. Masjid itu seluas 9,500 meter persegi. Bangunan masjid itu berciri seni bina tradisional China dan mampu menampung kira-kira seribu orang solat berjemaah.

Pada tahun 1997, Majis Jiumen sekali lagi dibaik pulih. Ruang sembahyang masjid baharu seluas lebih 600 meter persegi. Bangunan masjid menggabungkan seni bina Arab dengan seni bina tradisional China.

(Imam menceritakan sejarah Masjid Jiumen kepada pelancong yang berbasikal)

(Ruang sembahyang)

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China