Penduduk Kuqa Hayati Aktiviti Musim Sejuk
2016-01-14 13:16:09 CRI

Aktiviti menghayati kesenian sempena musim sejuk telah diadakan di Dewan Budaya Mukim Hanikatamu, kaunti Kuqa, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China pada 9 Januari yang lalu.

Aktiviti tersebut bertujuan untuk menghiburkan penduduk di kawasan tersebut ketika musim sejuk.

Terdapat 15 kumpulan penghibur yang terdiri daripada 150 orang penduduk bergabung tenaga untuk mementaskan persembahan drama, nyanyian dan tarian kepada lebih seribu orang penonton pelbagai etnik.

Sejak memasuki musim sejuk, persembahan-persembahan yang diadakan di beberapa kawasan di Kuqa itu telah hampir 500 kali dipersembahkan.

Jumlah penonton mencecah 100 ribu orang. Penduduk dihiburkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian yang unik ketika bersantai pada musim sejuk.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China