But Chunuk, Warisan Budaya Bukan Benda Etnik Uyugur
2016-03-09 11:19:21 CRI

Chunuk ialah bahasa Tujue, salah satu etnik di China pada zaman dahulukala. Menurut Kamus Bahasa Tujue, Chunuk bererti but yang diperbuat daripada kulit. But Chunuk sudah bersejarah kira-kira 3,200 tahun. Pada tahun 2006, but Chunuk disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda Wilayah Autonomi Uygur Xinjing. But chunuk diperbuat daripada kulit yang bermutu tinggi.

Bahagian luar but diperbuat daripada kulit lembu atau unta, manakala tapaknya pula diperbuat daripada kulit yak. Tapak itu tahan lama, lembut dan tidak licin ketika berjalan. Penduduk nomad yang tinggal di kawasan pergunungan yang amat sejuk memakai but Chunuk sepanjang tahun. Namun, sejak tahun 1980-an, kasut kulit semakin popular di kawasan Kashgar, Xinjiang.

Generasi muda menganggap but Chunuk sebagai "barang antik". Pada zaman sekarang, hanya warga emas etnik Uygur sahaja yang masih memakai but Chunuk. But tersebut kini dijadikan sebagai kraf tangan yang disimpan di rumah penduduk etnik Uygur. Seiring dengan perkembangan sektor pelancongan di Xinjiang, semakin ramai pelancong membeli but Chunuk untuk kenang-kenangan.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China