Haji Ma Xiyuan, Pelukis Islam yang Terkemuka
2016-04-14 14:12:11 CRI

Haji Ma Xiyuan, yang dilahirkan pada tahun 1929 merupakan penduduk etnik Hui yang berasal dari Lanzhou, ibu kota provinsi Gansu, China.

Beliau merupakan pelukis Islam yang terkemuka di China dan menyandang pelbagai jawatan di beberapa persatuan pelukis seperti ahli Persatuan Pelukis Provinsi Gansu, ahli Persatuan Pelukis dan Penulis Warga Emas China dan penasihat Akademi Kaligrafi dan Lukisan Kreatif Etnik Minoriti China.

Haji Ma mula belajar melukis dan menulis kaligrafi ketika berusia 14 tahun.

Beliau telah mengikuti pengajian dengan pelukis-pelukis yang terkemuka di China seperti Li Kuchan dan Li Keran.

Haji Ma merupakan seorang penganut Islam yang amat taat kepada suruhan agama.

Dalam tempoh lebih 50 tahun yang lalu, beliau telah menghasilkan sejumlah karya yang hebat dan mengadakan pameran lukisan di beberapa tempat di China.

Pada tahun 1995 hingga 2002, beliau telah lapan kali mengadakan pameran di Malaysia dan menerima lebih 10 orang pelajar di negara tersebut.

Pelukis Malaysia menganggap karya Haji Ma sumpama teras budaya bangsa China.

Karya beliau telah menjadi koleksi persatuan dan individu dari Malaysia, Singapura, Jepun, Australia, Hong Kong dan Taiwan serta sering menjadi hadiah kepada pemimpin negara asing.

Nama beliau telah disenaraikan dalam senarai pelukis-pelukis hebat China.

Malaysia pula telah menerbitkan Koleksi Karya Haji Ma Xiyuan.

(Pameran kaligrafi dan lukisan sempena memperingati ulang tahun ke-70 kerjaya Haji Ma Xiyuan yang dirasmikan di Muzium Gansu pada pagi 29 April 2014 lalu.)

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China