Masjid Pingquan
2016-05-05 14:02:41 CRI

Masjid Pingquan terletak di Jalan Selatan pekan Pingquan, bandar Chengde, provinsi Hebei, China.

(Pintu gerbang bertulis "cintai negara, taati agama)

Masjid itu menjadi masjid yang terbesar di pekan tersebut. Terdapat lebih lima ribu umat Islam tinggal di komuniti Islam di sekitar masjid tersebut.

Kawasan masjid seluas lebih 3,800 meter persegi. Masjid itu bercirikan seni bina tradisional Cina. Pada 7 Februari 2001, masjid itu disenaraikan sebagai peninggalan sejarah penting peringkat provinsi.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China