Masjid Barat Baoding terletak di daerah Nanshi bandar Baoding, provinsi Hebei, China. Masjid itu dibina pada tahun 1616. Bangunan masjid itu bercirikan seni bina balairung tradisional China. Masjid itu telah beberapa kali diperluas dan dibaik pulih dengan sumbangan tentera yang beragama Islam dan umat Islam tempatan. Pada tahun 1984, masjid itu disenaraikan sebagai peninggalan sejarah penting peringkat bandar. Tokoh Islam dari pelbagai negara termasuk Singapura, Pakistan, Libya, AS, Britain dan Jepun telah melawat ke masjid itu.
Persatuan Islam Baoding pula beribu pejabat di masjid itu. Masih terdapat banyak peninggalan sejarah seperti tugu peringatan dan kitab suci versi bahasa Arab dan Parsi di simpan di masjid tersebut.
Pentadbiran dan pengelolaan masjid itu amat baik dan diberikan pelbagai pengiktirafan daripada kerajaan dan persatuan Islam.
(Jawatankuasa pentadbiran masjid)
(Ruang beribadat)
(Tempat wuduk)
(Ruang solat muslimah)