Masjid Benzhai
2016-07-28 13:34:47 CRI

Masjid Benzhai yang terletak di kampung Benzhai, kaunti Xian provinsi Hebei adalah salah satu masjid yang terkemuka di China Utara. Masjid itu dinamakan Ma Benzhai (1901-1944), sempena nama pahlawan Islam dalam perjuangan antipencerobohan Jepun.

Masjid itu dibina pada tahun 1404. Menurut catatan sejarah, keluarga Ma merupakan pegawai tentera yang ditempatkan di kawasan itu pada zaman Dinasti Ming. Mereka membina masjid di kawasan itu untuk beribadat.

Pada tahun 1939, tentera penceroboh Jepun telah memusnahkan masjid itu. Pada tahun 1953, masjid itu telah dibina semula dengan bantuan kerajaan pusat dan sumbangan umat Islam tempatan. Setelah itu, Masjid Benzhai telah kali dibesarkan dan dibaik pulih.

(Papan kayu yang tertulis: Penduduk Muslim dan bukan Muslim ialah satu keluarga)

(Tugu yang mencatatkan sejarah masjid itu)

(Presiden Persatuan Islam China, Imam Hilaluddin Chen Guangyuan melawat masjid itu)

(Masjid itu mengadakan aktiviti kebajikan untuk membantu penduduk miskin)

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China