Pusat Kebudayaan dan Kesenian Hui di Wuzhong, Ningxia
2016-09-01 13:16:40 CRI

Bandar Wuzhong terletak di tengah Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia, China. Bandar itu merupakan komuniti Islam yang kaya dengan budaya yang bersejarah. Warisan budaya bukan benda di bandar itu antaranya termasuklah kesusasteraan, muzik, tarian, drama, lukisan, sukan tradisional, perubatan dan adat resam.

Pada September 2013, Pusat Budaya dan Kesenian Wuzhong membina ruang pameran seluas lebih 700 meter persegi untuk mempamerkan warisan budaya bukan benda.

Pameran tersebut menggunakan gambar, lukisan dan barangan untuk memperkenalkan pelbagai warisan budaya bukan benda di komuniti Islam yang sudah lama bersejarah itu.

Pada ketika ini, tiga budaya di Wuzhong telah disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda kebangsaan. Sebanyak 40 budaya yang lain seperti pakaian etnik Hui, wusyu dan kraf tangan potongan kertas etnik Hui turut disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda peringkat provinsi. Selain itu, kerajaan Wuzhong telah menubuhkan tujuh pusat perlindungan warisan budaya bukan benda peringkat provinsi.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Wuzhong telah mengadakan pertukaran dengan provinsi-provinsi lain di China tentang warisan budaya bukan benda, malah menyertai aktiviti di Malaysia dan Jepun.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China