Alamat: No.42 Jalan Waiguanxiejie, Daerah Xicheng, Beijing
No.Tel: 8610-84119461
Restoran Hongtu menghidangkan makanan tradisional halal Beijing. Pintu restoran itu tidak besar, dan mempunyai papan tanda "Halal" yang amat jelas. Restoran itu mempunyai dua tingkat. Tingkat satu diletakkan meja-meja yang kecil untuk melayan pelanggan dalam bilangan yang kecil. Manakala tingkat dua disediakan meja besar dan bilik untuk tetamu terhormat bagi melayan pelanggan dalam bilangan yang besar. Makanan yang amat sedap menjadikan restoran tersebut begitu popular di kawasan itu.
(Sarapan pagi restoran itu pelbagai dan menyelerakan. Menunya diletakkan di dinding, pelanggan boleh memesan sendiri)
(Ikan goreng masam manis)
(Madoufu, digoreng dengan menggunakan tauhu, merupakan makanan tradisonal Beijing yang sudah bersejarah beratus-ratus tahun)