Masjid pekan Qingzhou yang berhampiran dengan Terusan Besar Beijing-Hangzhou terletak di pinggir Tasik Haizi di pusat kaunti itu. Pemandangan di sekitar masjid itu cukup selesa dan menyerlahkan keindahan.
Masjid itu dibina pada awal pemerintahan Maharaja Qianlong (1711—1799). Dalam sejarahnya sepanjang lebih 300 tahun, masjid itu telah beberapa kali diancam kemusnahan. Dengan bantuan kerajaan pelbagai peringkat dan usaha umat Islam tempatan, masjid itu telah dibina semula.
Kawasan masjid baharu seluas kira-kira lima ribu meter persegi. Bangunan di masjid pula seluas 877 meter persegi. Hiasan masjid itu amat cantik dan kemudahannya agak lengkap dan selesa.
Selain menunaikan ibadat, masjid itu juga telah beberapa kali mengadakan aktiviti, sama ada aktivti keagamaan atau pun aktiviti sosial.