Pesta kebudayaan dan Pelancongan Manas Antarabangsa ke-7 yang berlangsung selama tiga hari dirasmikan di kawasan autonomi Kirghiz, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada pagi 26 September yang lalu.
Pesta itu mempamerkan keunikan sumber pelancongan dan kebudayaan etnik Kirghiz kepada seluruh dunia. Etnik Kirghiz merupakan satu daripada 10 etnik minoriti yang menganut agama Islam di China. Mereka mula menganut agama yang suci itu pada pertengahan abad ke-16. Mereka adalah pengikut mazhab Hanafi.
Pesta kali ini memperkenalkan keistimewaan pakaian, sulaman, tembikar dan kraf tangan serta kelazatan makanan halal etnik Kirghiz.
Etnik Kirghiz merupakan etnik nomad. Selain itu, etnik itu juga mengadakan perlumbaan kuda dan pertunjukkan gusti tradisional. Kawasan berpenduduk etnik Kirghiz kaya dengan sumber pelancongan.
Pihak penganjur telah mempromosikan tiga pakej pelancongan yang unik dan menarik di kawasan itu.