Seni mempertahankan diri Xiyangzhang berasal dari Haozhou, provinsi Anhui yang juga dikenali sebagai "tempat asal Wusyu".
Xiyangzhang merupakan satu-satunya warisan budaya bukan benda etnik minoriti di provinsi berkenaan. Yan Yong merupakan pewaris seni mempertahankan diri tersebut.
Menurut beliau, pada akhir zaman Dinasti Yuan (kira-kira awal 1300-an), seorang imam etnik Hui yang bernama Sha telah mencipta seni mempertahankan diri Xiyangzhang berasaskan permainan catur China dan budaya etnik Hui.
Panglima etnik Hui yang terkenal, Hu Dahai dan Chang Yuchun telah mempelajari seni mempertahankan diri tersebut
dengan Imam Sha. Kedua-dua panglima itu kemudian mengaplikasikan seni mempertahankan diri tersebut dalam pasukan tentera mereka.
Kemahiran pertempuran pasukan tentera terus meningkat setelah askar mula mempelajari Xiyangzhang.
Pada ketika ini, lebih seribu penduduk di bandar Haozhou telah berjaya menguasai seni mempertahankan diri yang unik itu. Selain Anhui, Xiyangzhang kini semakin diminati oleh sebahagian penduduk di provinsi Shandong dan Fujian.
Kerajaan Haozhou sedang giat berusaha untuk mempopularkan seni mempertahankan diri Xiyangzhang kepada pelbagai lapisan masyarakat bagi meningkatkan tahap kesihatan mereka