Masjid Utara Baoding
2017-01-06 11:09:18 CRI

Masjid Utara Baoding yang bercirikan seni bina tradisional China dibina pada zaman pemerintahan Maharaja Yongle (1403-1424). Masjid yang seluas 2,250 meter persegi itu, mempunyai 51 bilik dan mampu menampung lebih 400 jemaah dalam satu masa. Tempat wuduk, gudang dan bilik kuliah terletak di bahagian depan, manakala asrama imam dan ruang solat terletak di bahagian belakang masjid tersebut.

Sejak dibina, Masjid Utara Baoding telah beberapa kali dibaik pulih. Pada tahun 1930, imam telah mengetuai umat Islam tempatan dalam kerja-kerja membaiki ruang solat secara besar-besaran.

Pada tahun 1991, ruang solat muslimah untuk masjid itu telah mula beroperasi. Ruang solat tersebut boleh menampung lebih 100 jemaah dalam satu masa. Pada tahun 2001 pula, Masjid Utara Baoding dipindahkan dan dibina semula di kawasan lain.

Masjid baharu yang seluas 1,375 meter persegi itu bercirikan seni bina Arab dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China