Rombongan Nyanyi & Tari Zhongwei di Wilayah Autonomi Ningxia yang berpenduduk etnik Hui telah mengadakan persembahan
sandiwara muzikal "Perkahwinan Kampung Hui" bagi menunjukkan adat resam majlis perkahwinan etnik Hui yang menganut agama Islam sejak turun-temurun.
Irama utama sepanjang berlangsungnya sandiwara itu berdasarkan "huaer", nyanyian tradisional etnik Hui yang terkemuka dan sudah bersejarah lama.
Setelah dihasilkan pada Oktober 2009, sandiwara muzikal itu telah dipersembahkan sebanyak lebih 1,800 kali di pelbagai kawasan di China, serta di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Mauritius.
Para penonton dapat mengetahui adat resam, budaya dan kesenian Islam di Ningxia melalui sandiwara muzikal tersebut.