Perkampungan Islam Cina di Uzbekistan
2017-06-09 14:47:32 CRI

Terdapat sebuah kampung bernama Donggan yang berhampiran dengan Tashkent, ibu negara Uzbekistan. Kampung itu juga dikenali sebagai "kampung Shaanxi".

Terdapat lebih seribu orang daripada lebih 1,500 orang penduduk di kampung itu merupakan keturuan orang Cina dari provinsi Shaanxi. Orang Donggan merujuk kepada umat Islam keturunan Cina yang tinggal di pelbagai negara di Asia Tengah.

Walaupun sudah lama menetap di Asia Tengah, orang Donggan masih mewariskan adat resam, makanan dan bahasa nenek moyang mereka. Laluan Sutera bukan sahaja laluan perdagangan, tetapi juga laluan pertukaran dan pengedaran kebudayaan.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China